Monday, March 31, 2008

Local Fruit Promotion


I always have this thing running in my mind. As a good citizen of Malaysia, I am thinking of doing something to promote the local fruit. While I am actually involved in the ‘self-project in promoting Malaysia’, I want to do something unusual regarding the local fruit.

dont want to be a banana man
I want to be a ‘walking advertisement’. I am not thinking of carrying those fruits along with me, yet it can be done, but it is just hard.



this is heavy

The best idea is to get it stick to my body.

big head

And the best is to make it printed all over my body.

Let’s get it tattooed.

Tattoo of local Malaysia fruit!

haha. That is just cool. Who would expect you to draw a 'buah naga' *not a local fruit*tattoo instead of the naga( dragon).
Is this dragon?
Dragon fruit
Next time you enter the tattoo centre, you just tell them, " As a good Malaysian citizen, i like to draw half-eaten banana with durian beside it. Make sure that you draw the rambutan too. Make it looks fresh, so people will be tempted to try this local fruit.''
Nyam2..

Tamu Tuaran

Tamu Tuaran

Tamu secara umumnya dikenali di Sabah sebagai tempat orang berniaga dan berdagang hasil pertanian, perladangan, dan juga menjual makanan-makanan tempatan. Untuk orang2 yang bukan Sabahan mungkin tidak mengerti apakah yang terlalu istimewa dengan penampilan pasar-pasar ini. Memang kewujudan tamu ini adalah tidak ubah seperti pasar malam yang diadakan di semenanjung Malaysia. Saya selalu juga pergi ke pasar malam di Gambang, Pahang, memang ramuan atau intipatinya adalah sama serupa iaitu, menjual makanan, baju2, seluar2, alat permainan kanak2, kaset2, sayur2, buah2, ikan daging dan segala macam rupa benda yang lain lagi.

Lorong-lorong yang sibuk

Saya cuma tahu sedikit perbezaan pada penampilan tamu dan pasar malam. Satu perbezaan yang paling ketara ialah, tamu diadakan pada siang hari, bermula dari pagi sehingga menjelang tengahari. Keseronokan membeli-belah barangan keperluan harian dari seawal pagi hari mungkin tidak dapat dibayangkan. Ada juga saya mendengar peniaga-peniaga akan bersiap seawal mungkin membuka gerai-gerai mereka, sebelum matahari mula terbit. Tujuannya adalah untuk mendapatkan tempat yang paling strategik bagi melariskan jualan mereka. Ada juga kes yang melibatkan rasa iri hati dikalangan peniaga kerana tapak yang mereka selalu gunakan direbut peniaga lain.


Tourists were spotted on that day

Satu benda yang seronok dalam tamu di Sabah ini ialah kerana kehadiran kepelbagaian kaum yang terlibat dalam aktiviti ini. Si penjual, si pembeli dan si pencuci mata adalah orang-orang yang berbilang kaum dan juga berbeza-beza latar belakang. Seperti yang kita maklum, Sabah merupakan negeri yang mempunyai suku kaum yang agak banyak, merangkumi bangsa yang bertani, bangsa penjual sehinggalah bangsa nelayan. Pada hari tamu sajalah kita dapat merasakan keistimewaan menjadi rakyat Malaysia, walaupun dalam perbezaan kaum, tetapi selalu tetap aman dan damai.


Berniaga kuih muih

Oleh kerana keistimewaan-keitimewaan ini, kerajaan Sabah telah menjadikan tamu sebagai suatu hari yang menarik, dan meletakkan tamu sebagai salah satu tarikan melawat Sabah. Untuk itu, hari-hari berbeza telah dijadualkan untuk hari menarik ini. Contohnya, Hari Ahad adalah untuk Tamu Tuaran dan Hari Rabu untuk Tamu Tamparuli. Sebenarnya, banyak hari lagi diperuntukan utuk tamu di tempat berbeza-beza, tetapi memandangkan saya cuma peka pada dua kawasan ini, maka ini sajalah yang saya tahu.








Si jahanam peragut

penulis berita: remon j

Kuantan, 17 Feb: Satu kejadian ragut telah berlaku btempat di tempat makan bernama Restoran Sara Thai, yang mana melibatkan si jahanam peragut dan seorang lagi rakannya yang sedang menunggu di motosikal jenis kawasaki kalo aku nda silap la.Dalam kejadian yang berlaku tepat jam 3.20 petang itu, si jahanam peragut itu telah meragut beg tangan seorang pelanggan wanita yang sedang menikmati makan petang bersama seorang lagi temannya.Rasanya beg tangan itu terletak di atas meja makan sebelum di ragut. Akibatnya, si jahanam peragut yang dilihat dan aku sendiri lihat berlegar2 di kawasan itu, dengan mudah meragut dan melarikan diri bersama kawannya yang sedang menunggu.Yang sialnya lagi, semasa si buduh kawan si jahanam peragut tu baru mula memecut semasa sempat ku tengok, si jahanam peragut tu dah berabis selongkar beg tangan yang berjaya dilarikannya itu.Mcm kemaruk nak tengok duit dalam tu.Aku pun terus adrenalin rush. Apa nda rasa mrh, sudahla aku duduk lama tp takda orang ambil order makanku,ditambah lagi muka si jahanam peragut nda hensem langsung! "Harap2 kau buat pembedahan plastik dengan duit yang kau dapat tu, biar hensem mcm Johny depp,"detik hati marahku.

Sebagai saksi kejadian tu, sy pun mmg nda puas hati betul dengan sesetengah orang bodoh yang suka buat buduh. (Waw! Sy berjaya buat grammar baru, [noun; bodoh, adj; buduh].
Sebelum kejadian, sekitar jam 3 petang,sebenarnya sy dah tengok muka si lelaki tu sangat mencurigakan. Semasa sy lalu tempat tu dan pegi ke atm machine, adalah si jahanam tu dengan kawannya betul-betul depan restoran tu tengah survey kali. Lepas cucuk duit, diaorang da pindah pegi park kedai sebelah pula. Tapi si jahanam peragut tu masih termundar-mandir depan restoran tu. Sy berselisih dengan dia lagi. Mmg sial yang amat sangat muka dia ( nda hensem satu hal ) betul2 saya boleh rasa, dia nmpk sedikit cemas la. Selepas kami bselisih, sy tengok belakang lagi, di da ikut belakang sy pula, dlm jarak 2 meter la. Sial rasanya mcm dia mo tikam dari belakang ja rasa dengan muka kontrol cemasnya itu. Bila depan restoran, sy terus masuk p duduk.
Semasa tunggu orang ambil order, tiba2 dengar orang pompuan menjerit. Pekerja-pekerja restoran yang tengah nak ambil order mau pun sedang duduk mencuri tulang, kelihatan berlarian keluar cuba mengejar si jahanam peragut itu. Tp apakan daya, dia da naik atas motor. Motor pecut. Tp dia nda pakai helmet, mmg bahayakan diri ja pandu laju2 tanpa helmet.
Macam tu la kejadian. Ada juga usaha pekerja2 restoran tu ku tengok. Dorang pun naik motor juga dan memecut ikut arah yang sama. Tapi masuk balik ikut simpang yang lain pegi ambil helmet. Cheiss..
Jam 3.50 sy masih duduk di situ Sara Thai Restaurant. Masih mau makan juga. Order nasi goreng namprik pau ( nama dlm menu), tomyam seafood dgn nescafe ais. Makan sorang2 mestilah nda bkira. Sedap juga rasanya pada pendapat ku. Enak dan lazat. Jgn heran la ku membayar rm14, nama pun restoran.
Highlight of the story:
1. Jangan letak dompet ka, tas tangan ka, apa2 yang berharga di atas meja semasa makan. Kau da kenyang mana boleh lari.
2. Tatabahasa baru: orang bodoh buat buduh [noun; bodoh, adj; buduh ]
3. Utamakan keselamatan ketika memandu. Terutama yg naik motosikal, pakai helmet k.
4. Sara Thai Restaurant ni rasanya ada bnyk branch. Even pekerjanya pun ramai orang Thailand. Kap ja la. Harga standard restoran. Mmg sedap juga.

Gelagat hewan

ayam dodo

Sewaktu di rumah tu hari, saya terlihat seekor ayam jiran yang sungguh aneh. Ayamnya jantan, tapi kureng sket la rupanya kerana tiada ekor. Sy nda dapat tahan ketawa la tgk dia ni serupa burung dodo. Kesian jugalah, itu yang buat dia macho, tapi tiada pula kebanggaannya tu.
Seekor lagi kucing buat perkara aneh. Sewaktu men Dota di bilik, sang kucing ni buat perkara lucu pula. Betul2 lawak pagi.

nda tahan tengok kakinya yang meregang dengan lurus.

Duit o duit

Kita nda pernah berhenti mengira duit sampai mati.
Orang kata duit bukan segala-galanya.
Tp duit memainkan peranan kepada segalanya.
Ada orang cari duit dengan usaha yang berlipat ganda. Ada juga yang cari duit dengan usaha yg sedang2 saja. Ada yg tak payah usaha, dpt duit sangat banyak pula. Apapun, pada saya duit itu penting.

Mahu hidup, mesti la mau makan, mau makan mesti la ada duit.
Mahu sihat, makanan perlulah betul dan selamat d makan, ada duit br blh beli.
Mau beranak-pinak, mestila mau kawen, mau kawen pun mesti ada duit.
Mau bercinta, mestilah ada awek, mau awek pastikan ada duit juga! Adoi..

Kesimpulannya, duit penting la dalam dunia sementara ni.

Duit yang banyak = usaha yang banyak

Katak taiwan

Katak yg banyak dalam ternakan
“Awak tau tak, berudu2 yg kecil tu bila besar jadi apa?”
“ Apalah awak ni, soalan mcm ni pun nak tanya. Jadi katak la..”
“ Mmg la betul,tapi katak jenis apa pula. setahu sayalah, berudu yang kecil tu mgkn jd katak air kn.”
“Katak air? Mgkn katak puru pun ada?!”
“Dan, berudu yang besar tu akan jadi, katak yang boleh di makan tau tak..!”
“Haa..boleh di makan?!”

*merujuk perbualan cikgu tadika shin chan*

Ya. Demikian la. Katak besar tu saya baru makan hari tu.

Lepas beli dari tempat ternakan tempoh hari, ni uncle letak dalam plastik bag ja. Dia ikat2 lepas tu bagi kami. Rm 18 sekilo, empat ekor katak ( dia teda ekor jadi panggil apa * teringat pula pada ayam jantan tu à it a cock la..who cares* )
Kelihatan sedikit hijau owh..
Masa mo balik tu, ikatan jadi longgar, so berabis pula pegang plastic bag tu jgn kasi lepas. Susah mo tngkp balik kalo melompat kesana kemari dalam kereta.
Sampai rumah, saya trus letak di singki dapur. Trus p main Need for speed. Yang ku tau, tgh menang level ke berapa, ada bunyi orang memasak da di dapur. Huhu. Dah ada orang urus menatang tu. Mak sy ja tau.

Katak-katak yang kelihatan tenang

Sebenarnya sudah sangat lama nda mkn benda ni. Rasanya enak. Kena masak kicap.

“ Uncle, apa masakan yang paling sedap daging katak ni?”
“ Kau tau itu tepung Kentucky ka? Cuba kau guring.”
“ Huio..nnt sy cuba la kio. Bah, sy jalan dulu, nda sabar mau cuba.”


Katak yang kelihatan kabur

Organ Donor

Rupa depan risalah

Semasa saya melihat2 fail2 hari tu, saya terjumpa kembali sebuah brosur. Seingat saya mungkin tahun lepas sy membawa pulang risalah itu semasa menderma darah di UMP. Sebelum giliran saya, sy d datangi seorang pelajar, dengan risalah itu d tangannya.
Membaca brosur
Dia orang pun tengah berkempen menderma darah kepada para pelajar. Dia menyerahkan brosur itu kepada saya, dan saya pula nda banyak bicara, ambil sajalah. Bila tengok tajuk benda tu seram pula di buatnya, ada term donor dan organ.
Borang dalam tu
Bila benda ada pada tangan, mau tidak mau, kenalah baca untuk pengetahuan selanjutnya kn. Macam2 la yg perlu di buat pula.
Sisipan kad
Entah sampai bila brosur tu sy mau simpan lagi. Sembunyi jauh2 dalam fail ka atau pura2 terlepas pandang dan ‘ter’buang ke sampah.

Beginilah rupanya kalo kita letak dalam dompet.

Menjual kalau mau cepat kaya

Rupa pasar yang mau malam da
Ada beberapa kali sy p ikut emak menjual sayur di tamu / pasar malam. Jualan bukanlah semata2 sayur-sayuran ja, ada juga kekacang, ubi-ubi, jagung pun, boleh kata semua jenis yg berasaskan pertanian la. Dalam beberapa kali tu, memang sy sangat sedar, keperluan semua orang adalah makan. Apa tidaknya, tiap2 hari orang p beli sayur di pasar tu. Adalah juga berapa kali orang yang sama p beli bhn makanan dari gerai kami tu.
Apa yang sy mau highlight ni ialah tentang keperluan makanan. Kebetulan pada masa yang sama, kerajaan mau menjadikan Sabah Sarawak sebagai pusat pengeluaran pertanian berasaskan makanan. Saya pun berabis la bagi hujah kepada emak saya ni. Sy bilang kalau pajak orang punya tanaman, dan jual pajakan tu di pasar, nda berapa untung. Jadi keluarga kami orang pun merancang menanam sendiri untuk jualan di pasar. So tanah sawah yang selalu nda menjadi padinya tu pun kami jadikn tempat tanam sayur la, pisang la. Sekarang ni tinggal tunggu hasil ja la. Pasti lagi banyak untung kn. So, betulah kempen kerajaan tu, pertanian asas perniagaan.

Masa adik saya p ikut menjual, pandai pula dia mengempen orang. Dia ingat dia punya jualan.
“ Murah murah! Sayur ada, pisang ada, semua ada. Tapi kalau sumandak (awek) yang datang beli, sy bagi diskaun!”.
Jagung pun ada

Ada sekali orang putih p round tempat tu. Ada bapanya, ada emaknya, ada ‘daughter’nya dan sorang ‘son’nya. Mula2 diaorang p hujung sana tanya harga sayur, tp sy tgk si makcik tersenyum2 ja nda paham. Orang2 sekitar dia pula ketawa juga, sama2 nda paham. Lepas tu di bapanya ambil juga sayur dan bayar entah berapa tu.

So mereka family ni gerak lagi, kali ni lalu gerai kami orang. Saya masa tu control hensem la, mana tau dia singgah tempat kami ni.
Baru nak lepas, dia berenti tgk nanas la pula…
“ How much is this one? “ uncle tu tanya pada mak saya. Mak saya jaga hujung sebelah sana, saya jaga sebelah sini, apa lagi, kenalah dia. Ibuku penjual berjaya
Mak sy nda bercakap, tapi guna isyarat tangan.
Mula2 dia tunjuk satu,
Lepas tu dia tunjuk dua,
Lepas tu dia tunjuk lima.
“ Huio..” kata sy dalam hati. “Paham pula mak saya ni soalan tu.” * dia orang kampong biasa ja*
Tapi malangnya si uncle tu nda paham.
“ Remon, kasitau dia”, mak saya suruh la saya pula.
Sy pn berdehem la kunun.
“Ehm..ehm. It is 2.50 per kilogram” sy kata dengan konfiden, slange british lagi tu.
“ Owh, really? Let’s weigh it”, dia kata.
“Ok”,saya ambil la nanas tu kasi timbang. Tgk2 berat dia adalah dalam1.1 kg.
“Well, how much is this?” tanya dia pula.
“Hmm..i think it is 2.80, so let make it 3.00.” Saya kata siap naik harga lagi tu. Orang putih ba ni, tembirang la teda duit.
“ Oh no no. I think it is 2.50. It is almost 1 kg,” dia kata smbil tunjuk penimbang tu.
“ Owh, ok 2.50 then,” sy terpaksa la mengalah itupun lepas bkerut tgk jarum penimbang tu. Cheis..nda berjaya dapat untung.

“Where are you from sir?”
“ The Netherland.”
“Huh?”
“ Somewhere in Europe.”
“ Pardon me?”
“ Holand to be exact.”

Huhu. Sy ni ada masalah pendengaran sket. Bukan nda tau negara mana dia cakap, tapi nda dengar.

Mau minum jus tembikai. Ntah kenapa suka buat benda pelik dan aneh.

Battle Of The Band


Name tag untuk peserta


Pada Oktober tahun lepas ,saya diambil jadi drummer oleh sorang teman untuk bermain dalam Battle of the Band di Kuantan. Pertandingan ini di sertai oleh lebih kurang 20 band sekitar Kuala Terengganu dan Kuantan dan di adakan di Swing, bertentangan Megamall. Sy punya posisi yg paling tepat ni sebenarnya bassist. Tp memandangkan si kawan ni bersungguh2 mau join battle tu, sy pun ikut sajala. Sy main drum ni pun sekadar masuk beat ja. Bulih2 la kalo lagu yang mudah2 dan nda bnyk roll2 tu. Boleh bingung kepala ku.
Mula2 kami daftar 6 orang untuk band kami tu. Apakah nama band…owh, namanya Bminor. Tapi sorang pompuan ni ada hal Debat English ka apakah, jadi nda boleh join, lalu kami pun tinggal berlima. Satu gitar, satu bass, satu drum, satu nyanyi dan satu main flute. Yg satu lagi tu sepatutnya main keyboard. Jadi beginilah kejadiannya, yg satu pompuan tukang nyanyi, dan semua lelaki main musik.
Penyanyi wanita
Pada hari yang bertuah itu, kami adalah grup kedua membuat persembahan. Nasib baik bukan group pertama. Kira bertuah la tu. Selepas group pertama, kami pun naik ke pentas. Rasa seramnya tu memang la ada. Kalo saya la, memang la seram abes…sebab drum ni bukan pakar sangat. Bila tengok grup pertama main tadi, dah mula kecut perut.
Semasa persembahan, semuanya orait. Sebiji mcm dalam latihan kami la. Ada part yg masuk flute tu, semua orang sorak. Sy berani kata kami unik yg itu sajala. Yg lain2 tahap orait la. Lupa beritau, lagu kami bawa tu sebenarnya light n catchy ja. Lagu dalam bahasa orang putih. Tajuk lagu nda tau, tapi dari kumpulan Mocca, Indonesia. Lagu2 grunge

Grup yg selebihnya majority bawa lagu2 metal, grunge dan ada juga yg jiwang sket la. Nampaknya Cuma dua grup saja yg guna penyanyi pompuan, iaitu grup kami dan satu grup lagi nyanyi gothic, duet lelaki pompuan. Tp dia nyanyi sumbang sket la. Nmpk sangat stage fright.
Ada satu grup favorit ramai orang. Dia orang guna jubah stail Death Angel, yg ada hoodnya tu, kaler cokelat gelap kut. Tak nmpk sgt. Lagu yg dorg angkat waktu tu berkonsep gothic, dengan permulaan keyboard yg gothic, then masuk drum double paddle, distort guitar, dan suara pun distort juga. Yang paling canggihnya, grup ni ada pakai topeng yg macam2. Ultraman ada dan suma karekter kartun kalo sy nda silap. Huhu. Kombinasi ‘death angel in the ultraman mask’ yg sangat menjengkelkan. Semua orang geli hati. Tp skil tetap mantap.
Hood dan gothic

Keseluruhannya, saya boleh kata peserta yg join battle hari tu kebanyakan student, ada juga penjaga kedai jamming, dan ada juga umur yg da pakcik orang tp metal oo.. Boleh kata banyak bakat2 yg boleh diasah dan boleh pergi jauh la. Sy pening juga duduk dalam Swing (tempat orang berdisko tu la..) lama2 dengan sound sistemnya full blast dan mendengar lagu metal selama 2 jam. Pemenangnya nombor satu dari kuala terengganu, kedua dari kuantan dan nombor tiga ialah grup ‘death angel in the ultraman mask’ tu la.

Antara pakcik yang terlibat

Criminala

Superhero yang tiada di tempat kejadian

Baru2 ni, seorang rakan pompuan sy hampir mejadi mangsa ragut semasa berada di Pasaraya Mydin, Kuantan. Semua kejadian itu diceritakan sendiri oleh si mangsa dan seorang temannya yg menjadi saksi semua kejadian itu. Si penjenayah itu katanya cuba menarik beg tangan si pompuan ni. Malangnya kawan pompuan ni. Tapi lagilah malang si penjenayah kerana tidak berupaya melarikan beg tangan tu, kerana si pompuan ni gagah sket. Kejadian tarik menarik di depan pintu masuk utama Mydin berlaku sebentar di dalam kerumunan orang ramai. Sambil tarik menarik beg tangan, sambil tu jerit2 juga. Kemudian si penjenayah tu pun mengalah dan melarikan diri dari tempat itu. Syukur la selamat duit tu…


si penjenayah


“ Aku tak puas hatilah hari tu!”
“ Dah selamat pun. Rilek la.”
“ Soalnya bukan duit tu!”
“ Apa lagi yang menjadi soal tidak puas hati ni?”
“Cuba ko bayangkan, hari tu, semua orang hanya tengok saja.”
“Ada mata…”
“Takda sorang pun yang peduli. At least, tolong la terajang penjahat tu.”
“Owhh..”
Huhu. Ini Malaysia la kawan. Where things happens and no one care. The thing they care is their private properties ONLY.

sorang daripada orang ramai

Mon, ada jalan selain yang melalui Mydin ka?”
“ Ada. Lalu sebelah padang besar.”
“ Oo..Baru teringat jalan tu.”
“Aik? Mcm pelik la ko nda bawa beg tangan besar tu.”
“ Dompet. Hanphone. Phobia.”
“Canggih.”


Tuesday, March 25, 2008

Where is Sharlinie?



After the Nurin case is solved, with a very dramatic ending, the police then determined to end the case of Sharlinie.


Kidnapping seems to be easy in this country.


Is it all about the community nowadays who doesnt care much about safety?


Or is it because life is difficult under the ruling government?


All i can say is, if we refer to the Nurin case, we can see that the crime is more to sexual abuse. Those people who done that crime actually either a psychopath or mentally ill. Just imagine, this kid was tortured to her death.


So please everyone, open your hearts and souls, and your eyes and ears too. The suspect is still at large. He is lurking in your backyard, looking for a fresh flesh. Let's do our part.






Streaker?

hoh!

Apakah istilah streaker itu?

Bunyi macam striker tapi ini pelik sket.


Bunyi macam stripper tapi ini pun pelik sket.


Memang ganjil la..

Streaker juga berlari di padang, tapi mengenakan fesyen yang paling pelik iaitu berbogel. Haha.


Apa la dalam dunia ni macam2 benda pelik bole berlaku.


Menurut kamus Oxford, Streak ialah run naked in a public place so as to shock or amuse.

Itu la kalau tiada benda lain da mo buat. Cara paling cepat mo popular.




Tengok dia berlari di tengah padang. Orang main kriket tapi dia pula buat hal.



"Ouch, that gotta hurt!"

Lepas da rebah tu, apalagi kena masuk bicara dalam mahkamah la.

Dalam perbicaraan dia mengaku bersalah tapi tidak menyesal berbuat begitu. Pelik pelik.

Apalagi, kena la denda buat community service. Ambik kau!




Bentuk yang menarik kan?


Apa barang ni?



Rupa macam terumbu karang di dalam lautan pula.









Benda tu melekat pada sekeping papan.


Buatan serangga ni.










Ini buatan anai-anai la.

Rupanya canggih. Semasa membuka dinding untuk pembaikan, sarang anai-anai yang memakan dinding tu rupanya macam ini la.

Testing3

Testing lagi post blog ni. Selalu tidak dapat upload la. Apakah yang sebenarnya yang menjengkelkan ni? Line yang buruk ka atau memang kena ban. Kita testing lai ya.