Wednesday, October 20, 2010

Bah!


ba!

Jika menurut fahaman saya sendiri, perkataan 'bah' dari pertuturan orang Sabah ialah berasal dari perkataan Cina, (ba - pinyin), yang turut tidak mempunyai maksud tersendiri apabila digunapakai melainkan bergabung dengan perkataan lain lazimnya.
Setiap gabungan ini akhirnya membentuk suatu struktur ayat yang bersifat menekan dan meyakinkan. Sama seperti penggunaan perkataan 'bah' dalam tuturan orang Sabah .

Beberapa contoh perkataan Cina yang menggunakan perkataan 'ba' ialah:

" hao ba!" baiklah!
"keyi ba!" ok lah, ok ba

Selepas tamadun China berkembang selama beribu tahun, tidak mustahil penyebaran penggunaan bahasa seperti ini telah berlaku ke negeri-negeri selatan China dan terus turun ke Borneo. Zaman pendudukan British di Borneo merupakan zaman kemasukan orang-orang China yang paling pesat, kerana mereka ini telah bekerja untuk majikan-majikan British ketika itu.

Orang-orang Cina yang masih kekal selepas pendudukan Jepun pula meneruskan era penguasaan bandar dan pusat-pusat niaga yang beroperasi. Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantaraan yang meluas digunapakai dalam urusan niaga setiap hari sehinggakan berbaur sedikit bahasa milik mereka sendiri.

Antara perkataan lain Cina yang sering digunapakai dalam pertuturan tidak rasmi rakyat Malaysia adalah seperti:

'Lu' dan 'wa' milik Cina Hokkien.

Lihat perbezaannya? Orang Sabah tidak menggunakan tutur kata itu sekerap orang semenanjung kerana penduduk Cina Hokkien tidak begitu padat di Sabah.

Lihatlah kuasa bahasa.

No comments: