Saturday, October 23, 2010

Kang King Kung

Kang King Kung

Pada masa lampau, perkahwinan sesama saudara sendiri sangat dihindari daripada berlaku. Ini disebabkan kepercayaan dan kesan buruk yang muncul hasil daripada perkahwinan itu sendiri. Sepupu yang kemaruk kahwin pun seboleh-bolehnya tidak dibenarkan, namun jika nak juga,  perlulah membayar denda yang dikenakan oleh pihak yang sepatutnya. Dalam kes orang Dusun, apabila kes ini berlaku, 'sogit' atau denda akan dikenakan kepada pasangan ini sebagai 'korban' menolak bala musibah.

Dalam masyarakat cina pula, satu sistem telah tercipta dengan tujuan yang sama iaitu tidak membenarkan perkahwinan antara keturunan berlaku. Sistem ini terletak kepada nama keluarga mereka.

Peraturan nombor satu ialah, jika lelaki dan perempuan cina bercinta, nama keluarga mestilah berbeza. Kalo nama keluarga lelaki ialah Chong, nama keluarga perempuan tidak boleh Chong, jika si perempuan itu ialah Chong juga, maka percintaan antara mereka akan terbatal. Mereka sendiri tahu, itu undang-undang mereka mengelak berkahwin dengan sesama keluarga.

Pada awalnya kawan cina ini bercerita mengenai kekasih lama dia. Mula-mula si perempuan guna nama orang puteh, tapi lama2 si lelaki dapat tahu yang nama keluarga cina mereka adalah sama, maka mereka reda untuk tidak mencintai sesama.

Saya bertanya perihal nama keluarga itu, kerana merasa sedikit pelik juga adakah benar nama keluarga itu telah kekal selama beberapa generasi. Dia mengiyakan saja, bahawa nama keluarga seperti Kang ntah apa apa, telah muncul selama beribu tahun dan mereka Kang ini tidak pernah berkahwin sesama Kang dalam tempoh itu.

Ok. Info itu saya serap dengan baik.

Kemudian dia bercerita perihal nama kedua selepas Kang. Ambil contoh ini : Kang King Kung

Kang ialah nama keluarga, dan menjadi pengenalan asas mereka menunjukan siapa mereka dan keturunan mereka.
King ialah nama untuk menunjukkan tahap kedudukan mereka dalam keluarga Kang. Pelik?!

Kawan cina itu bercerita, bahawa nama King ialah nama menunjukkan level mereka dalam generasi Kang. Ada satu buku atau rujukan yang disimpan oleh golongan penting cina untuk merujuk level generasi ini dan rujukan ini juga telah diguna selama ribuan tahun juga.

 Asasnya macam ni :
Bapa engkau dan bapa aku adik beradik, katakan nama mereka, Kang Kong Kung dan Kang Kong Hong.

Engkau dan aku sepupu, dan katakan nama kita, Kang Song Bong dan Kang Song Long.

Anak engkau dan anak aku sepupu dua kali, Kang Tong Hek dan Kang Tong Woo

Cucu engkau dan cucu aku sepupu tiga kali, Kang Beng Lam dan Kang Beng Kii

Cicit engkau dan cicit aku sepupu 4 kali, Kang Gong Jong dan Kang Gong Nree


Waw! Hebat bukan.

Menurut rujukan cina yang rahsia tu, level itu sudah tertulis dan tiada apa yang dapat mengubahnya. Jika dari contoh diatas, level selepas Gong pun sudah tertulis, termasuk beberapa generasi ribuan tahun akan datang.

Dan akhir sekali, nama yang muncul terakhir sekali itu adalah nama kesukaan pemberian ayahbonda sendiri. Tiada apa yang istimewa.

Selamat bertemu info baru!

No comments: