Pada awal2 projek dulu, dua ketul replika binatang ini telah diangkat dan diletakan disudut ini di mana ia tidak digunakan.
Oleh kerana merasa pelik dengan batu marmar ini yang kelihatan diabaikan, saya pun bertanya kepada orang yang lebih ariff iaitu rakan Cina ku.
Dia kata, orang cina percaya bahawa sang singa penjaga pintu ini, dalam saiz ini, dikatakan boleh memakan tuah tuan sendiri. Aku yang pelik ini lagi memohon penjelasan yang serba panjang.
Dia kata lagi, saiz sang singa si penjaga pintu ini sebenarnya memainkan peranan dalam untung rugi sesebuah organisasi, contohnya syarikat atau keluarga. Saiz yang besar boleh digunakan untuk organisasi yang besar supaya ia menjamin tuah yang baik.Jika organisasi yang besar tapi menggunakan sang singa yang kecil pun, dikatakan tidak sesuai kerana tuah yang bakal datang pun tidak besar.
Jika menggunakan saiz yang besar itu untuk diletakkan kepada pintu organisasi yang lebih kecil, kemungkinan besar, institusi kecil itu yang akan ditelan sang singa.
Lebih kurang kata macam ni la, letak biar padan.
kecil lawan kecil. besar lawan besar. kecil lawan besar, pasti ada yang kalah.
Pintu syarikat tempat tu da ganti dengan sang singa yang lebih kecil, mungkin sesuai dengan tuah syarikat tu sendiri.
No comments:
Post a Comment